Buli dalam tentera: Warganet kecam, mohon ATM siasat - Utusan Malaysia

Buli dalam tentera: Warganet kecam, mohon ATM siasat

TANGKAP layar mesej yang dihantar individu kepada pemilik akaun Twitter baru-baru ini dan menjadi tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular dalam media sosial mengenai status pemilik Twitter, @pedoqpop yang mendakwa adik rakannya menjadi mangsa buli dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Individu berkenaan menceritakan keadaan adiknya yang kononnya teruk dibelasah dalam kem bujang tentera selain dipukul setiap hari oleh kakitangan senior dan diperas ugut sehingga gaji bulanannya habis.

“Aku buntu sangat ni, adik aku askar duduk dalam kem bujang. Dia hari-hari kena pukul dengan senior dan habis duit gaji dia kena pau, sampai duit simpanan dia pun dah nak habis. Bayangkan kena beli barangan keperluan dorang yang 12 ke 14 orang tu.

“Dia takut nak buat apa-apa. Dia cakap kes-kes sebelum ni dorang lapor kat orang atasan, orang atasan cuma denda kawad 45 minit je,” kata rakan berkenaan kepada @pedoqpop.

Rata-rata warganet dilihat memberi pelbagai reaksi  berhubung dakwaan individu berkenaan.

Mereka berharap sesuatu dapat dilakukan selain memohon campur tangan ATM jika benar wujud budaya buli tersebut.

“Sama macam jiran saya yang kerja askar. Masa awal-awal kerja dia siap kena bayar kan bulanan kereta orang atasan dia. Jagakan mak bos dia masuk hospital dan kalau ada pegawai baharu yang nak masuk, mereka kena tong-tong duit beli televisyen, almari baru untuk office pegawai tu,” ciap @cakelatt.

“Benda dah selalu sangat jadi bila tanya kenapa buat alasan mesti adat, kalau tak boleh tahan jangan masuk askar’ eh pergi mam#%&lah dengan adat kau. Kau boleh je ubah cuma mentaliti kampung kau tu yang still tak nak ubah benda bangang macam. Mentang dia lagi bawah dari kau,” ciap @piijjjaaaa.

“Inilah akibatnya bila kes-kes macam Zulfarhan tidak mendapat hukuman setimpal. Orang tak takut nak membuli. Patutnya gantung sampai mati depan org awam. Baru ada akal,” ciap @amar71335685.

“Pantang betul dengar kes-kes macam ni. Sumpah tak faham, memang masuk askar tu, yang senior wajib buli junior ke? Eh nat%$g betul la. Kenapa mentaliti diorang macam ni eh? Dan pihak atasan pun asal tak ambil tindakan. Sampai bila nak jadi macam ni haih,” ciap @nraddamohd. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya