ANALISIS PRN Sarawak: Ali Biju perlu berkempen `jangan undi saya’! - Utusan Malaysia

ANALISIS PRN Sarawak: Ali Biju perlu berkempen `jangan undi saya’!

ALI BIJU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMPAKNYA Naib Presiden Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju kena turun berkempen lebih agresif di Krian.

Bukan untuk menangkan dirinya, tapi `jangan kasi saya menang’. Ini setelah menteri berkaitan undang-undang, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Ahli Parlimen Saratok dan timbalan menteri itu tidak boleh menarik diri selepas penamaan calon Isnin lalu.

“Sekalipun selepas tarik diri jika Ali dapat undi tertinggi, beliau masih akan diumumkan sebagai pemenang (kerusi Krian),” kata Wan Junaidi.

Seingat kita ini julung kali dalam mana-mana pilihan raya, seorang calon yang namanya tercetak di kertas undi, `terpaksa’ turun berkempen memenangkan lawannya pula. Lawan utama Ali di Krian ialah Friday Belik dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Rabu lalu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyuarakan kekecewaannya dengan tindakan Ali. Katanya, “ada perjanjian tertentu kerana Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin beritahu tiada calon Bersatu bertanding PRN Sarawak kali ini”.

Di atas kertas, meskipun Ali sudah tarik diri, pengundi Krian terutama penyokong Ali pastinya keliru. Krian termasuk dalam 64 kerusi DUN yang mempunyai kadar liputan 4G yang rendah.

Jadi, Ali kena pusing satu Krian berkempen secara fizikal untuk beritahu `jangan undi saya, undilah Friday’.

Sebagai ahli politik berpengalaman, takkanlah Ali boleh terlepas pandang peraturan SPR.
Anda mesti tarik diri sebelum pukul 10 pagi 6 Disember lalu atau perihal isi borang 6A.

Andai kata Ali menang di Krian 18 Disember ini, adakah beliau akan diterima sebagai ADUN penyokong kerajaan negeri kepada parti yang menang?

Ali menyandang dua penggal kerusi Krian atas tiket PKR apabila meraih undi terbanyak pada PRN 2011 dan 2016. Pada 2016, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kilat Beriak dengan majoriti 1,640 undi.

Pada Februari 2020 susulan Langkah Sheraton, Ali menyertai 10 ahli parlimen PKR lompat ke Bersatu untuk membentuk Kerajaan Perikatan Nasional yang berkuasa hanya 17 bulan.

Selain Friday pencabarnya dalam PRN Sarawak kali ini, Ali ditentang Musa Dinggat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN