Amanah tidak serik-serik? - Utusan Malaysia

Amanah tidak serik-serik?

ABANG ABDUL HALIL ABANG NAILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
PARTI Amanah Negara (Amanah) tak pernah serik. Bukan sahaja tewas semua 13 kerusi pada Pilihan Raya (PRN) Sarawak 2016, hilang seluruh deposit lagi.
Kali ini, PRN12, Amanah masih mencuba nasib. Pengerusi Amanah Sarawak, ABANG ABDUL HALIL ABANG NAILI menyuarakan keazamannya kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN, di Samariang, semalam.

 

UTUSAN: Tak serikkah Amanah yang mungkin hilang deposit lagi?
ABANG HALIL: Amanah akan sentiasa mencuba untuk menang walau satu kerusi pun. Kami tidak akan mengulangi kelemahan lalu.

Bukan parti daripada Semenanjung tak relevan dengan politik Sarawak ke?
Saya anak Sarawak. Saya mahu perjuangkan Sarawak. Sama seper­ti orang Melayu, berjuang untuk Melayu.

Mampukah Amanah tewaskan GPS yang nampak gah?
Analisis ini harus diteliti secara mendalam. Adakah andai­an ‘kuat’ itu relevan? Dalam segala kekuatan, takkanlah tiada kelemahan?

Apa yang diperjuangkan Amanah sebenarnya?
Amanah mahu menjadi alternatif yang baik untuk orang Islam dan semua masyarakat di Sarawak. Kami bersifat inklusif, malah ada calon Amanah daripada etnik Iban di Sebuyau.

Pengkritik kata parti ini hanya ‘menghabiskan boreh’. Setujukah?
Kami sentiasa istiqamah de­ngan perjuangan kami. Insya-Allah kami akan cuba beri prestasi terbaik dalam pilihan raya ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN