[VIDEO] JPN Perak siasat guru belum vaksin diasingkan dalam stor - Utusan Malaysia

[VIDEO] JPN Perak siasat guru belum vaksin diasingkan dalam stor

TANGKAP layar rakaman seorang individu mendakwa sebagai guru sebuah sekolah di Ipoh diasingkan di bilik stor kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tular dalam media sosial sejak kelmarin. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang guru diasingkan di bilik simpanan tukang cuci sekolah kerana tidak divaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dimaklumkan JPN Perak berkenaan isu berkenaan selepas tular dalam media sosial sejak dua hari lalu.

Menurutnya, KPM akan memaklumkan laporan penuh berkenaan insiden terbabit dalam masa terdekat.

“Saya sudah sedia maklum kes tersebut dan telah mendapat maklum daripada  JPN Perak.

“JPN Perak juga telah membuat siasatan penuh dan terperinci dan laporan penuh akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KPM,” katanya di sini hari ini.

RAKAMAN video seorang guru yang dikatakan didiskriminasi oleh pentadbir sekolah kerana tidak mendapatkan vaksin Covid-19

Ahmad Saidi berkata, kerajaan negeri mengambil serius perkara tersebut kerana melibatkan aspek kesihatan dan kebajikan guru.

Katanya, ini bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada wabak Covid-19. 

“Kerajaan negeri mahu memastikan semua pihak sama ada guru, pelajar dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di sini yang dipercayai tidak divaksin mendakwa diasingkan oleh pihak sekolah di sebuah bilik simpanan stor tukang cuci.

Video berdurasi kira-kira tiga minit itu tular dalam Aplikasi TikTok selepas dimuat naik sejak kelmarin dan sehingga kini sudah mencecah 1.3 juta tontonan.

Guru berkenaan meluahkan rasa kesal atas layanan  pihak sekolah terhadapnya kerana bilik berkenaan panas dan hanya mempunyai meja dan kipas sahaja.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan, seramai 279 guru di Perak menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Menurut Saarani, berdasarkan ketetapan KPM, guru yang belum divaksin tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dan JPN Perak akan menguruskan penggantian guru-guru yang tidak dibenarkan mengajar ini sepertimana guru bercuti atau sakit. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya