Perintah Gaji Minimum diumum tahun depan - Utusan Malaysia

Perintah Gaji Minimum diumum tahun depan

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai gaji minimum sedang dilaksanakan dan akan selesai suku keempat tahun ini.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, Perintah Gaji Minimum Baharu  dijangka diumumkan tahun hadapan sebaik sahaja perbincangaan tersebut selesai akhir tahun ini.

“Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah, kena buat melalui Parlimen (kajian dua tahun sekali) ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar katakan tadi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai semakan gaji minimum dan bila dijangka akan diumumkan mengenai perkara itu.

Tambah Awang, kajian semula gaji minimum tersebut adalah selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 di mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menjelaskan bagi meningkatkan lagi kadar gaji minimum, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan dipertanggungjawabkan membuat kajian.

Katanya, kajian itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya