Netflix kini boleh diakses di Astro - Utusan Malaysia

Netflix kini boleh diakses di Astro

PELANGGAN Astro kini boleh menonton siri-siri kegemaran di Netflix dan platform strim lain. - Ihsan Astro
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan Astro kini boleh menstrim Netflix menggunakan peranti Astro dan menikmati lebih penjimatan dan nilai menerusi pek langganan yang diperkenalkan melalui ‘Pengalaman Baharu Astro’.

Inisiatif terbaharu itu membolehkan pelanggan menstrim semua program kegemaran mereka menerusia Ultra Box dan pada masa akan datang, dengan Ulti Box juga.

Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata, menerusi satu platform utama iaitu Astro, pelanggan boleh menikmati program penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta acara sukan berprestij dunia.

“Kami memperkenalkan pengalaman baharu Astro khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kepelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

“Kami teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan.

“Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari,” katanya semasa majlis pelancaran.

Euan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka di masa akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski berkata, misi utama Netflix adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan.

“Kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad menjelaskan, pek-pek baharu tersebut hadir dengan kontrak perjanjian sama ada 0, 12 atau 24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak pelanggan.

“Pelanggan juga boleh mendaftar pakej jalur lebar Astro dan nikmati akses Netflix secara komplimentari selama tiga bulan.

“Pakej-pakej terbaharu Astro itu adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’,

“‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’ akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya