MN sudah mati, kubur pun tiada – Ku Li - Utusan Malaysia

MN sudah mati, kubur pun tiada – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah menyampaikan sumbangan kepada perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan secara berkelompok di Gua Musang, semalam. –MINGGUAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yakin Muafakat Nasional (MN) masih wujud biarpun Pas dan UMNO bertembung di Melaka, bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah pula berpendapat sebaliknya.

Tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu, MN bukan sahaja sudah lama ‘mati’ malah ‘kubur’ pun tiada selepas Pas kekal dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan UMNO sudah memutuskan dalam perhimpunan agungnya untuk menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Saya rasa dah berkubur. Walaupun ada orang itu kata masih ada lagi, itu dia nak bohong pada kitalah. Sebenarnya sudah tidak ada MN.

“Kalau UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada PN (Perikatan Nasional) tetapi Pas tetap nak jadi PN, maka itu sudah berbeza (pendirian) dan jelas nampak, dia lebih pentingkan jawatan dalam kerajaan.

“Pandangan saya bersama kawan-kawan, kami memikirkan MN sebenarnya dah berkubur, atau dah mati lama pun, kubur pun tak ada,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan secara berkelompok di Jeram Tekoh, di sini semalam.

Semalam, Hashim memberitahu, rundingan Pas dengan UMNO masih berjalan bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, biarpun parti itu memutuskan untuk bertanding dalam PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, punca MN ‘mati tidak berkubur’ antaranya disebabkan tidak ada keikhlasan di peringkat bawahan Pas untuk ‘bermuafakat’ bersama UMNO.

“Di peringkat atas saya tidak tahulah tetapi di peringkat bawah tidak ada langsung. Macam kita (UMNO) buat masjid di Gua Musang untuk rakyat tapi Pas buat pula bangunan di sebelah masjid seolah nak menghadang usaha yang kita buat.

“Ini nampak sangat dia tidak mahu terima apa yang kita lakukan walaupun untuk agama, untuk rakyat ramai,” katanya.

Beliau menambah, berdasarkan suasana politik semasa, peluang kesemua pihak yang bertanding dalam PRN Melaka samar-samar manakala UMNO pula mungkin ‘tidak ke mana’. -MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN