Menteri Besar Kedah pertahan tidak perbaharui lesen judi - Utusan Malaysia

Menteri Besar Kedah pertahan tidak perbaharui lesen judi

MUHHAMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tetap mempertahankan keputusannya tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian nombor 4D di negeri ini walaupun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai menuruti perintah Allah dan  menunjukkan rasa syukurnya kepada nikmat yang Allah kurniakan kepada negeri ini.

Malah, katanya, sebelum ini, tiada kajian menunjukkan aktiviti perjudian itu menguntungkan.

“Tapi, ada orang bantah, guna alasan hak asasi, guna alasan racism (perkauman) nak menghalang orang bukan Islam, sebenarnya tak betul itu semua.Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan perjudian itu menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2022 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kerajaan China juga telah mengharamkan perjudian di negara tersebut sejak 1949 walaupun jumlah penduduk Islam tidak ramai.

“Orang Islam tidak ramai di China, rakyat dia seramai 1.4 bilion dan orang Islam mungkin ada seramai 20 juta atau 30 juta saja, judi di China tak boleh, berjudi di luar pun tak boleh, ada 177,000 tangkapan rakyat China yang berjudi di sempadan negara itu,” katanya.

Pada 14 November lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mengumumkan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan tidak akan mengeluarkan lagi lesen premis judi nombor 4D di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan tersebut diambil bagi memastikan negeri ini bebas judi kerana aktiviti itu mengundang kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga serta memudaratkan masyarakat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya