Darjah kebesaran OC Phang batal, ditarik balik sejak bulan lalu

Darjah kebesaran OC Phang batal, ditarik balik

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Darjah kebesaran Selangor bagi bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang atau Phang Ai Tu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa bulan lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.

Katanya, OC Phang yang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ – Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada 2001 dengan gelaran Datin Paduka telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

“Justeru, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada Oktober lalu kerana seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah tersebut.

“Beliau dilarang daripada menggunakan gelaran Datin Paduka dan mana-mana pihak turut ditegah memanggil beliau dengan gelaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, perkara itu selaras dengan kuasa Sultan Sharafuddin di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran berkenaan.

“Baginda memandang berat reputasi penerima Darjah Kebesaran Selangor terutama pegawai yang terlibat dengan pertuduhan perlakuan tidak berintegriti seperti rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

“Penerima darjah kebesaran itu seharusnya tidak terlibat dengan perbuatan salah laku dan kesalahan jenayah demi melindungi martabat darjah berkenaan serta memelihara status penerimanya,” katanya.

Tambah beliau, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan semua pihak bertanggungjawab memastikan langkah wajar dan tindakan tegas dilaksanakan bagi membendung gejala rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak berintegriti.

“Ia terutama ke atas semua penjawat awam, pemimpin, golongan profesional, ahli korporat dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti salah laku.

“Langkah itu bagi memastikan negeri ini sentiasa dalam suasana aman dan di bawah tadbir urus yang cekap, amanah serta berintegriti,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, sebuah portal melaporkan LPK tidak dapat meneruskan usaha menuntut sebahagian daripada kerugian lebih RM2 bilion yang berkaitan dengan kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

 Ia berikutan Phang dinyatakan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September 2018 yang memutuskan bahawa Phang bertanggungjawab atas kerugian tersebut.

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2019 turut mengisytiharkannya muflis berikutan petisyen dari 21 bekas pengarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.