Yamaha perkenal Y16ZR edisi DOXOU - Utusan Malaysia

Yamaha perkenal Y16ZR edisi DOXOU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan edisi baharu motosikalnya, Yamaha Y16ZR edisi DOXOU yang lebih sofistikated dan bergaya.

Menurut HLYM, edisi tersebut dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, iaitu hanya sebanyak 5,000 unit yang akan dijual kepada orang ramai.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Jim Khor berkata, nama DOXOU diambil daripada istilah dalam bahasa Jepun, Dokusou yang bermakna menjadi keratif dan terkehadapan.

Kata beliau, pihaknya yakin model baharu edisi terhad tersebut akan mengujakan peminat motosikal dengan kualiti enjinnya dan pemetaan pencucuhan yang terbaik.

“Kami berharap edisi DOXOU Yamaha Y16ZR yang terbaharu ini akan menggembirakan para penunggang dengan kualitinya yang tinggi.

“Para penunggang juga boleh menyertai kelab elit pemilik motosikal terhad ini yang akan menerima set cenderamata eksklusif yang datang bersama model tersebut,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

 Setiap pembeli model DOXOU akan menerima set cenderamata yang mengandungi sijil penghargaan, pelindung topi keledar yang direka khas dengan skru cincin berwarna dan lambang DOXOU edisi terhad.

Malah, setiap pemilik Y16ZR edisi DOXOU terbaharu turut menerima kunci cakera keselamatan dengan setiap pembelian.

Menurut HLYM, motosikal tersebut direka dengan keutamaan terhadap reka bentuk bergaya dan premium.

Kemasan merah dan biru pada latar hitam dan biru gelap pada badan motosikal selain rim tayar yang berwarna terang menyerlahkan gaya sporty pada model tersebut.

“Dualiti warna menggambarkan budaya sporty dan bergaya jenama ini,” katanya.

Jelas HLYM, bersama pelancaran motosikal itu, siri pakaian bertema sukan DOXOU akan turut dijual di kedai dalam talian Genbiu untuk pelanggan yang berminat menambah koleksi pakaian mereka.

Edisi terbaharu DOXOU Yamaha Y16ZR boleh dibeli di semua pengedar Yamaha seluruh negara bermula 21 Oktober lalu dan ditetapkan pada harga runcit cadangan (RRP) sebanyak RM11,688 tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya