Tiga jam sesat turun Bukit Bauk - Utusan Malaysia

Tiga jam sesat turun Bukit Bauk

MUHAMMAD Haikal Mohd. Faiz Azmi (kiri) dan Ahmad Syakir Aidil Mat Zahari yang tersesat hampir tiga jam sesat di Taman Rimba Bukit Bauk di Dungun, semalam. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua sahabat ditemukan selamat selepas tersesat hampir tiga jam ketika menuruni bukit di Taman Rimba Bukit Bauk di sini, semalam. 

 

Mangsa, Muhammad Haikal Mohd. Faiz Azmi dan Ahmad Syakir Aidil Mat Zahari yang masing-masing berusia 21 tahun ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 1.30 petang. 

 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azman Alias berkata, pihaknya bersama polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12 tengah hari. 

 

Katanya, kedua-dua mereka dikatakan mendaki bukit setinggi kira-kira 400 meter itu dengan menggunakan laluan denai yang lazim dilalui pendaki lain.

 

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan turun, mangsa tersasar sejauh dua kilometer dari laluan asal dan ketika ditemui mereka selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini. 

 

Azman berkata, dua sahabat itu kemudian dibawa turun sebelum dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya