SOP PRN Melaka diumumkan hanya selepas jemaah menteri buat keputusan - Utusan Malaysia

SOP PRN Melaka diumumkan hanya selepas jemaah menteri buat keputusan

KHAIRY Jamaluddin menyampaikan cenderahati kepada Nurmusfirah Musa, 7, ketika melawat bilik Wad Kanak-Kanak Pusat Perubatan Mawar di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka oleh Kementerian Kesihatan hanya akan diumumkan selepas jemaah menteri membuat keputusan sama ada pilihan raya itu perlu diteruskan atau sebaliknya.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah memberikan pandangan dalam mesyuarat jemaah menteri semalam dan kini terserah kepada jemaah untuk membuat keputusan.

 

“Sekiranya PRN itu perlu dijalankan, Kementerian Kesihatan bersedia untuk bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan dengan SOP yang dikemukakan sekiranya jemaah menteri putuskan.

 

“Terlalu awal untuk kita buat apa-apa tentang pengumuman tentang SOP, jemaah buat keputusan dahulu sama ada PRN diteruskan. Sekiranya diteruskan, Kementerian Kesihatan sudah ada pandangan kita mengenai SOP tertentu yang perlu diambil kira oleh SPR,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Wad Kanak-kanak, melancarkan mesin imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan melancarkan Pensijilan ISO 9001: 2015 di Pusat Perubatan Mawar di sini hari ini.

 

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan dan Pengerusi Pusat Perubatan Mawar, Datuk Lee Tian Hock.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy berkata, kerajaan mungkin turut membuat perolehan ubat antiviral Covid-19 daripada beberapa pengeluar.

 

“Prolehan ubat antiviral bukan hanya kita melaksanakan melalui syarikat Merck tetapi kita mahu lihat ubat-ubat antiviral lain juga temrmasuk syarikat farmaseutikal lain termasuk dari India.

 

“Itu hanya satu sahaja, tetapi seperti mana kita telah peroleh pelbagai vaksin, mungkin ubat antiviral juga kita beli lebih dari satu jenama, lihat balik keselamatan dan keberkesanannya,” katanya lagi.

 

Mengenai pemberian suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, beliau telah memberikan lampu hijau untuk ia dimulakan pada minggu hadapan.

 

“Bila-bila masa sahaja, kita akan melihat kepada penghantara bekalan, Sarawak akan bermula minggu hadapan, saya rasa bila-bila masa boleh mula degan dos penggalak kepada mereka yang layak terima, saya sudah berikan lampu hijau,” katanya.

 

Sementara itu, kata Khairy, terdapat beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan dengan pihak Kementerian Kewangan mengenai penyediaan kertas kerja pelantikan doktor kontrak ke dalam perkhidmatan tetap 

 

“Sebab ini melibatkan implikasi kewangan, jadi saya harap akan ada satu pengumuman tidak lama lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN