PETALING JAYA: Peratusan jumlah pengundi dijangka menurun sehingga 40 peratus berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diteruskan. Pada PRU-14, 84.5 peratus pemilih berdaftar atau seramai 418,112 daripada jumlah keseluruhan pemilih berdaftar seramai 494,662 keluar membuang undi di 28 DUN di Melaka. Statistik daftar pemilih terkini sehingga suku tahun 1/2021 yang diwartakan pada 24 Mei 2021 di Melaka adalah sebanyak 498,349 orang. Beberapa penganalisis…