KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan nasib setiap individu dalam Keluarga Malaysia akan dibela oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, kementerian-kementerian melalui penyelarasan berterusan, telah merangka pelbagai inisiatif dan usaha bagi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang akan ketinggalan. “Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana…










