Peningkatan jumlah BKM bukan satu kebanggaan - Utusan Malaysia

Peningkatan jumlah BKM bukan satu kebanggaan

KERAJAAN menambah peruntukan pembayaran STR Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion bagi membantu golongan memerlukan menangani peningkatan kos sara hidup. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar bantuan bagi semua kategori isi rumah melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang memperuntukan RM8.2 bilion kepada 9.6 juta penerima bukan satu kebanggaan kerajaan untuk rakyat.

Pemberian bantuan yang le­bih banyak menerusi bajet terkini dan akan datang hanya me­nunjukkan masih ramai dalam kalangan rakyat perlu dibantu tanpa ada usaha keluar dari kepompong kemiskinan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketika kerajaan mahu memberikan bantuan pada masa sama, harus memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berjaya me­ningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, dengan kejayaan dasar itu secara tidak langsung dapat menurunkan kadar penerima bantuan setiap tahun di samping menjimatkan perbelanjaan negara yang boleh digunakan untuk urusan lain.

“Kita perlu meletakkan sasaran yang jumlah penerima bantuan ini akan menurun, saya faham ia bukanlah mesti dilakukan secepatnya, tetapi mungkin dalam tempoh tiga tahun akan datang pendapatan penerima sudah stabil.

“Pun begitu, saya berpandangan secara keseluruhan bajet kali ini kerajaan sudah berusaha mengambil kira keperluan semua golongan rentan, mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan belia dan menangani pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menerusi pembentangan Bajet 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat kelmarin, sebanyak RM2,000 kepada setiap isi rumah yang mempunyai tanggungan lebih tiga orang anak dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan menyaksikan peningkatan berban­ding RM,1800 di bawah Bantuan Rakyat Prihatin (BPR), dalam Belanjawan 2021.

Dalam perkembangan lain, Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma kecewa apabila kerajaan tidak meme­nuhi cadangannya mewujudkan dana kehilangan pembelajaran untuk membiayai pendidikan murid sekolah yang terjejas akibat Covid-19 dan terpaksa menjalani sesi pengajaran dan pem­belajaran di rumah (PdPR). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN