Peneroka Felda perlu 17,000 pekerja asing - Utusan Malaysia

Peneroka Felda perlu 17,000 pekerja asing

Razak Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kerajaan diminta segera membawa masuk buruh asing ke sektor perladangan bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh penuai buah kelapa sawit di tanah rancangan Felda seluruh negara.

Ia merupakan keperluan mendesak di 317 tanah rancangan Felda yang ketika ini memerlukan kira-kira 17,000 tenaga buruh asing untuk menguruskan ladang termasuk milik FGV Holdings Bhd (FGV).

Kekurangan penuai sawit menyebabkan buah tandan segar (BTS) membusuk di pokok kerana tidak sempat dituai dalam tempoh dua pusingan sebulan.

Berasaskan kepada harga sawit semasa sekitar RM1,100 satu tan metrik, peneroka kerugian ribuan ringgit sebulan sekiranya BTS tidak dapat dituai mengikut tempoh ditetapkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berharap, di Felda Wilayah Jengka sahaja, kira-kira 800 ke 1,000 pekerja asing diperlukan membabitkan 37 tanah rancangan.

Katanya, kerajaan menerusi Jawatankuasa Pekerja Asing mencari mekanisme terbaik bagi menyegerakan kemasukan buruh asing terutama dari Indonesia.

“Kita percaya dengan komitmen pengerusi bersama jawatankuasa berkenaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan bagi mengatasi isu kekurangan tenaga buruh sebagai penuai sawit.

“Kelulusan kemasukan buruh asing perlu melepasi standard Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya di sini semalam.

Ketua Peneroka Felda Jengka 6, Saharuddin Lela, 64, berkata, tindakan pantas dan bersepadu diperlukan supaya buruh asing segera berada di ladang berikutan isu itu berlanjutan hampir dua tahun.

“Peneroka Felda bulan sahaja terkesan minda akibat pandemik Covid-19 tetapi juga emosi mereka kekurangan tenaga buruh asing di ladang sawit.

“Walaupun harga BTS pada paras tinggi sekitar RM1,100 satu tan metrik tetapi ada buah sawit membusuk di pokok kerana tiada penuai,” katanya.

Bagi Ketua peneroka Felda Jengka 10, Jantan Mat Saman, 69, pula, dia lega kerana kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai inisiatif membawa masuk buruh asing bekerja di sektor perladangan.

Menurutnya, para peneroka memahami bahawa ancaman pandemik Covid-19 masih belum berakhir tetapi perlu ada usaha membawa masuk buruh asing mengikut SOP ditetapkan oleh kerajaan

Ketua Kampung Felda Anggerik Jengka 1, Abdullah Ani, 65, pula berkata, pendapatan peneroka bergantung kepada jumlah tan metrik BTS yang dipotong mengikut dua pusingan sebulan.

“Kekurangan buruh menyebabkan ada buah sawit membusuk di pokok kerana tidak sempat dipotong pada pusingan kedua,” katanya.

Ketua peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul rahim, 63, berkata, persetujuan kerajaan membenarkan membawa masuk buruh asing langkah tepat khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya