Insken perkasa graduan melalui program Dropship dan Ejen - Utusan Malaysia

Insken perkasa graduan melalui program Dropship dan Ejen

NOH Omar berucap dalam Majlis Pelancaran DNA di ibu kota hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Graduan yang masih menganggur berpeluang menceburi bidang keusahawanan melalui Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken). 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun sasaran utama program itu adalah graduan, namun, golongan lain seperti individu kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19  dan masyarakat yang ingin menjana pendapatan turut berpeluang mengikuti program tersebut. 

“Insken mengambil langkah bijak dan tepat melalui penganjuran program seumpama ini bagi membantu graduan memulakan perniagaan dengan kos rendah untuk menjana pendapatan.

“Saya yakin dengan penglibatan pengasas produk yang berjaya ini akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan berdaya maju,” katanya selepas Majlis Pelancaran DNA di ibu kota hari ini. 

DNA adalah program melibatkan empat komponen iaitu Latihan Dropship 101 selama dua hari bagi memberi pemahaman dan pengenalan prinsip perniagaan dropship dan ejen. 

Peserta program akan membuat pemilihan menjadi usahawan dropship kepada satu perniagaan daripada senarai pengasas produk yang tertera melalui laman sesawang DNA Marketplace di laman web rasmi Insken. 

DNA juga merangkumi Bengkel Bersama Pengasas Produk yang bertujuan memberi penerangan lebih kelas mengenai pakej dropship yang ditawarkan serta Insentif Pendigitalan berbentuk subsidi sebanyak 50 peratus atau jumlah maksimum RM300 yang akan ditanggung Insken bagi membantu peserta membayar yuran langganan saluran pemasaran e-dagang seperti Wsap.me, OnPay, Ordersini, Yezza dan Shoppegram. 

Untuk rekod, syarikat Farm Fresh mencatat jualan lebih RM113 juta; Das Abdul Global (lebih RM11 juta pada tahun lalu) dan SugarBomb merekodkan keuntungan lebih RM30 juta yang secara keseluruhan menjana lebih RM300 juta jualan tahunan bagi 30 produk pengasas tahun 2020. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd. Firdaus Azharuddin menyarankan orang ramai yang baharu menceburi bidang keusahawanan memulakan perniagaan dengan menjadi dropship serta memahami selok-belok perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan. 

“Bermula dengan menjual produk orang lain adalah langkah bijak sebelum menghasilkan dan menjual produk sendiri. Di peringkat ini, usahawan dropship boleh menimba seberapa banyak ilmu, panduan serta pengalaman daripada pengasas produk tempatan yang tersenarai dalam program DNA,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya