Bersatu sudah hilang roh - Utusan Malaysia

Bersatu sudah hilang roh

AMIER HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan yang meletakkan semua jawatan serta keluar parti menyifatkan parti tersebut sebagai sudah hilang roh serta tersasar daripada matlamat asal perjuangannya.

Ameir yang merupakan pengasas Bersatu Perlis sejak September 2016 ketika dihubungi Utusan Malaysia menegaskan, parti tersebut juga sudah hilang identiti.

“Saya cukup kesal kerana Bersatu sudah hilang arah khususnya sejak ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini. Jika kita lihat orang sesat jalan, maka Bersatu ini lebih sesat daripada orang sesat jalan itu.

“Sedih melihat asas perjuangan Bersatu sudah jauh tersasar. Sebagai pengasas Bersatu Perlis, pengorbanan dan kudrat selama ini bagai tidak dihargai. Malah, perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan,” katanya.

Ameir meng­umumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya termasuk keluar parti berkuat kuasa semalam.

Dalam satu surat rasmi menggunakan logo Bersatu Bahagian Arau bertarikh 15 Oktober, Ameir dengan nombor ahli 089 mendakwa parti itu sudah menghiraukan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan.

“Perjuangan masa hadapan rakyat sudah tidak lagi wujud. Maruah dan integriti sudah menjadi laungan kosong,” katanya dalam surat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN