fbpx

AS gagal lancar peluru berpandu hipersonik baharu

GAMBAR yang disiarkan oleh Tentera Laut AS menunjukkan pelancaran peluru berpandu hipersonik dari Pacific Missile Range Facility, Kauai, Hawaii, 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALASKA: Tentera Amerika Syarikat (AS) terpaksa menangguhkan percubaan sistem persenjataan hipersonik baharu akibat kegagalan pelancaran roket. 

ABC News melaporkan, roket penggalak dengan badan peluncur hipersonik gagal dilancarkan semasa ujian di Kodiak, Alaska. 

Pelancaran yang dibatalkan itu adalah sebahagian daripada program ‘Dark Eagle’ yang dikendalikan bersama tentera darat dan tentera laut untuk membangunkan peluru berpandu hipersonik darat dan kapal selam. 

Kegagalan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Pentagon mengeluarkan kenyataan mengenai kejayaan ujian prototaip komponen senjata hipersonik di sebuah pusat kemudahan di Virginia. 

Peluru berpandu hipersonik C-HGB yang dibangunkan oleh ketenteraan AS itu dilancarkan oleh roket konvensional dan kemudian meluncur ke sasaran dengan kelajuan sehingga 29,021 kilometer per jam (km/h). 

Senjata itu diyakini sukar ditembak jatuh oleh pihak musuh. 

Ujian terkini itu dipercayai dilakukan pada 13 Ogos lalu dan melibatkan ‘kenderaan hipersonik peluncur’ seperti roket Long March yang dilancarkan China, Julai lalu. 

China pula dalam masa sama melakukan ujian kedua mengenai peluru berpandu hipersonik yang berupaya membawa senjata nuklear dan mengelilingi orbit Bumi sebelum mencapai sasarannya. 

Beijing mengakui melakukan ujian tersebut dan mendakwa ia adalah untuk ‘langkah meningkatkan keamanan’

Namun, penganalisis percaya kapal angkasa itu sebenarnya dilengkapi peledak nuklear yang dapat menghalang serangan peluru berpandu. 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI