56 individu dicekup dalam Op Jihad Dadah 2.0 Terengganu - Utusan Malaysia

56 individu dicekup dalam Op Jihad Dadah 2.0 Terengganu

ROHAIMI MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 56 individu disyaki penagih dadah dicekup dalam Op Jihad Dadah 2.0 selama 15 jam yang dijalankan secara serentak di seluruh negeri, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, seramai 26 individu ditahan di daerah ini diikuti 12 orang di Marang, Besut (10 orang) dan masing-masing empat orang di Hulu Terengganu serta Setiu.

Katanya, selain penahanan kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 57 tahun itu, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 53.69 gram, pil kuda (32.61 gram), heroin (22 gram) dan 3.9 liter air ketum.

“Menerusi operasi berskala besar ini, kesemua balai daerah perlu membersihkan tiga lokasi panas pada setiap bulan selaras sasaran menurunkan kadar indeks jenayah melibatkan dadah akhir tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, semalam.

Rohaimi berkata, sebanyak 46 peratus jenayah indeks di negeri ini pada tahun lalu disumbangkan golongan penagih dadah menerusi jenayah kekerasan dan kecurian.

Bagaimanapun, katanya, kadar itu berjaya diturunkan sebanyak 25 peratus kepada 21 peratus setakat 13 Oktober lalu.

“Penangkapan penagih tegar akan membantu misi pihak polis dalam memutuskan bekalan dadah dan mengurangkan permintaan terutama daripada golongan muda,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya