Tempahan hotel masih rendah - Utusan Malaysia

Tempahan hotel masih rendah

SEORANG pekerja melakukan sanitasi di sebuah bilik di Hotel Adya, Langkawi hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tempahan hotel tiga dan empat bintang di pulau peranginan ini didapati masih rendah dipercayai berpunca daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah.

Pelaksanaan PKPD tersebut menyebabkan Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah yang menjadi salah satu pintu masuk utama ke Langkawi ditutup sejak 6 September lalu.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, setakat ini hanya 30 peratus tempahan yang diterima oleh hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

“Saya yakin selepas PKPD tersebut ditamatkan, lebih banyak feri akan beroperasi di Kuala Kedah ke Langkawi,” katanya yang ditemui di Hotel Adya Kuah di sini hari ini.

Bermula esok, sebanyak tiga trip feri akan beroperasi dari Kuala Perlis k Langkawi berbanding satu trip sahaja sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, pihaknya menjangkakan seramai 400,000 pelancongan mengunjungi pulau peranginan ini selepas pelaksanaan gelembung pelancongan bermula pada 16 September ini hingga Disember ini. 

Menurut beliau, jumlah perbelanjaan pelancong terbabit dalam tempoh itu pula dianggarkan kira-kira RM165 juta.

Bagaimanapun, Razmi memaklumkan, tempahan bagi hotel lima bintang pula telah mencecah sehingga 80 peratus bagi pembukaan semula Langkawi bermula hari ini.

Jelasnya, tempahan yang tinggi itu adalah disebabkan kebanyakkan pengunjung yang berkemampuan untuk ke luar negara memilih untuk menginap di hotel lima bintang di sini.

Sementara itu, beliau turut menyatakan pihaknya telah  bersedia untuk menerima kedatangan pelancong ke sini.

Razmi berkata, pihaknya telah memastikan kerja sanitasi telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bilik-bilik hotel juga akan disanitasi oleh pekerja setiap kali selepas pengunjung mendaftar keluar,” ujarnya.

Tambahnya, selain membenarkan pengunjung yang sudah menerima vaksin lengkap, semua pekerja hotel di sini juga telah diberi dua dos vaksin Covid-19.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.