Sultan Ibrahim terima mengadap PM, bangkit isu MM2H - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim terima mengadap PM, bangkit isu MM2H

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Ismail Sabri Yaakob yang turut dihadiri Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dan sekali lagi Baginda membangkitkan isu melibatkan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

 

Titah Sultan Ibrahim, kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat program berkenaan yang ditetapkan baru-baru ini.

 

Sultan Ibrahim bertitah, Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri itu juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

 

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah, Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri. 

 

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah baginda.

 

Pertemuan bersama Sultan Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. 

 

Baginda turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

 

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos lalu. 

 

Sebelum ini, Hasni turut menyuarakan perkara yang sama memandangkan Johor akan terkesan disebabkan syarat ketat yang dikenakan kepada peserta Program MM2H tersebut.  

 

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik program tersebut dilakukan, namun, berharap ia dapat dikaji semula sebelum ia dilaksanakan.

 

“Kerajaan negeri berharap agar MM2H ini bukan hanya dikaji semula, tetapi, segera dilaksanakan. Dengan apa yang diumumkan, Johor amat terkesan dengan sekiranya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) enggan menyemak semula syarat ketat MM2H.

 

“Kita melihat perlunya syarat-syarat peserta MM2H ini dilonggarkan mengikut syarat-syarat lama program itu dan bukannya mengikut peraturan baharu yang ditetapkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya