SJR di Putrajaya ditutup mulai tengah malam tadi - Utusan Malaysia

SJR di Putrajaya ditutup mulai tengah malam tadi

KERJA-KERJA membuka semula penghadang jalan SJR Putrajaya yang dilakukan tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Empat sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini akhirnya ditutup mulai tengah malam tadi selepas sembilan bulan beroperasi.

Penutupan SJR itu selaras kebenaran merentas daerah bagi kawasan Lembah Klang yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, empat SJR itu beroperasi sejak 13 Januari lalu.

Beliau berkata, serentak penutupan SJR itu juga, pihaknya turut membuka semula 10 penghadang jalan di sekitar Putrajaya termasuk yang menghubungkan Kampung Abu Bakar Baginda dan Dengkil.

“Penutupan SJR dan kerja-kerja membuka semula penghadang jalan di Putrajaya dilakukan tengah malam tadi.

“Operasi bagi empat SJR ditamatkan tepat 12.01 tengah malam tadi manakala, manakala kerja-kerja membuka penghadang jalan pula dilakukan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj),” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Katanya, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

A.Asmadi berkata, beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama sepanjang tempoh SJR dijalankan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PPj, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain.

Empat SJR yang ditutup adalah Lebuh Sentosa Hala Keluar Ke Mex Highway, Persiaran Selatan Hala Keluar Ke Dengkil (Presint 5), Pintu 2A, Persiaran Utara Hala Keluar Ke Hospital Serdang di Presint 12 dan Pintu 3, Persiaran Utara Hala Keluar Ke Puchong di Presint 9.

Bagi 10 laluan keluar masuk yang di buka semula termasuk Jalan P5 menghala keluar dan masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil (Presint 5), Jalan Resam Hala keluar dan masuk (Presint 11) serta Jalan P11J menghala keluar dan masuk Cyberjaya (Presint 11).

Laluan lain termasuk Jalan P14 menghala keluar dan masuk Sg. Merab Bangi (Presint 14), Pintu Satu, Hala Keluar dan Masuk (Presint 14), Jalan P7A, Bulatan Putrajaya Sentral (Presint 7) dan Jalan P5, Menghala ke Dengkil (Presint 5).- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya