RMK12: Empat dasar, empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan - Utusan Malaysia

RMK12: Empat dasar, empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat Dasar, empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan bersifat holistik demi negara, ekonomi dan rakyat menjadi pilihan Keluarga Malaysia dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan-pelan yang diperkenal tidak tertumpu pada penambahan pendapatan negara sahaja tetapi turut melibatkan kemaslahatan rakyat Malaysia.

“RMKe-12 merupakan pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama.

“Bagi tujuan ini, tiga Tema dan empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan diperkenalkan dalam RMK12.

“Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk melaksanakan pembaharuan.

Tambah Ismail Sabri, tujuan pembaharuan ini bukanlah untuk menjana kekayaan negara semata-mata.

“Pembaharuan ini adalah untuk menangani beberapa cabaran struktur ekonomi, menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

“Ini juga bagi memastikan pelaksanaan kaedah yang lebih berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN