MELAKA: Suasana di pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Melaka terus sepi, walaupun kerajaan negeri telah membenarkan orang ramai mengambil suntikan Covid-19 itu secara datang terus (walk-in), bermula Sabtu lalu. Difahamkan, setakat pukul 12 tengah hari pada hari pertama inisiatif itu bermula, hanya 90 individu termasuk warga asing hadir mendapatkan vaksin di PPV Mega Stadium Hang Jebat di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Klinikal PPV Mega Stadium Hang Jebat, Dr. Nooraishah Alias, 34, berkata, pusat berkenaan mula dibuka hujung bulan lalu dan menjadi lengang selepas beroperasi selama dua minggu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya