PN tidak terkesan bertembung banyak kerusi - Utusan Malaysia

PN tidak terkesan bertembung banyak kerusi

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Perikatan Nasional (PN) yakin tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

 

Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ketika ini, perikatan itu telah meletakkan standard yang tinggi dengan bertegas terhadap isu ketelusan, integriti, menolak salah laku dan penyelewengan.

 

Justeru, katanya, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah fokus untuk menguatkan PN untuk menjaga rakyat, dan memulihkan negara.

 

“Masih tidak jelas sama ada UMNO akan bersama PN dalam PRU-15 nanti. Itu pilihan mereka.

 

“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua kaum serta agama. Akhirnya, biar rakyat yang membuat penilaian,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

 

Beliau mengulas kenyataan dibuat Presiden Partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan Bersatu hanya akan memberi kerjasama terhadap parti yang sealiran di bawah PN bagi berdepan PRU-15 akan datang.

 

Menurut Muhyiddin, ketika ini pihaknya bersedia berdepan apa juga situasi termasuk kemungkinan bersama dengan UMNO sekiranya parti itu mahu terus bekerjasama, atau menentang jika sebaliknya.

 

Wan Saiful menambah, semua komponen PN perlu membina jentera pilihan raya secara bersama, dengan semangat ukhuwah dan keluarga Malaysia harus dijiwai dan dizahirkan dalam perjuangan membela rakyat.

 

“Kita akan ‘jalan terus’ bersama parti-parti yang membentuk PN iaitu Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan  Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah).

 

“Kita mesti bergerak dan aturkan aktiviti bersama supaya rakyat nampak bahawa kita benar-benar ikhlas menjaga perpaduan dan kestabilan negara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya