Orang Asli kongsi pengalaman dihalau dari kedai kerana tiada vaksin  - Utusan Malaysia

Orang Asli kongsi pengalaman dihalau dari kedai kerana tiada vaksin 

KASEMANI Embong (kiri) menyuntik vaksin Covid-19 kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Masyarakat Orang Asli suku Semaq Beri di Kampung Sungai Berua di sini pernah dihalau keluar dari premis perniagaan semata-mata kerana golongan itu belum mendapatkan vaksinasi Covid-19.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Alias Pelong berkata, situasi sukar itu bagaimanapun tidak perlu lagi dilalui mereka apabila kesemua 327 golongan dewasa di perkampungan berkenaan selesai menerima suntikan tersebut hari ini.

 

Katanya, perkembangan tersebut sekali gus akan memudahkan urusan mereka bagi pembelian barangan di kawasan pekan. 

 

“Sebelum ini, ramai mengadu tidak boleh memasuki kedai kerana tiada vaksin, jadi, saya lega kerana kita semua sudah mendapat perlindungan sekali gus dapat mengelak risiko Covid-19 ,” katanya kepada pemberita dalam program vaksinasi Covid-19 Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

 

Alias berkata, pada peringkat awal segelintir penduduk Orang Asli di kampung berkenaan menolak vaksinasi berikutan terpengaruh cerita negatif termasuk boleh membawa maut.

 

Namun, katanya, hasil sesi penerangan dan proses memujuk yang dilakukan membolehkan rata-ratanya berubah fikiran serta bersetuju  untuk menerima vaksin Covid-19.

 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Orang Asli di negeri ini melibatkan seramai 747 orang.

 

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 327 merupakan Orang Asli di Sungai Berua diikuti 398 orang di Sungai Pergam, Kemaman dan 22 orang di Hulu Besut, Besut. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya