Supasonik 2026 himpunkan 10 artis tempatan di Menara PT80 DBKL - Utusan Malaysia

Supasonik 2026 himpunkan 10 artis tempatan di Menara PT80 DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Festival muzik Supasonik 2026 bakal menghimpunkan 10 artis dan penggiat muzik tempatan dalam sebuah acara berskala besar yang berlangsung di Menara PT80 DBKL pada 13 Jun ini.

Festival yang berlangsung dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam itu dijangka menjadi antara acara muzik tempatan yang mencuri perhatian peminat menerusi gabungan pelbagai genre dan persembahan berenergi.

Antara artis yang bakal menjayakan festival berkenaan ialah No Good, Slatan, Masdo, Eemrun x Dannqrack, Johny Comes Lately, Iqbal M., Hacktick!, Dependent, Gallagher dan Seberang.

Penganjuran festival selama lapan jam itu turut dilihat sebagai platform untuk mengetengahkan bakat tempatan serta memperkukuhkan kedudukan industri muzik tanah air.

Selain festival utama, pihak penganjur turut menganjurkan Supatour iaitu siri jelajah akustik percuma yang akan berlangsung di tujuh negeri menjelang acara tersebut.

Supasonik 2026

Inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi memperluaskan capaian festival kepada komuniti muzik di seluruh negara selain mengukuhkan hubungan dengan peminat di peringkat akar umbi.

Supasonik 2026 dijangka menarik lebih 2,000 pengunjung yang terdiri daripada peminat muzik, penggiat industri kreatif dan komuniti seni dari pelbagai negeri.

Festival tersebut turut membawa aspirasi untuk meraikan kepelbagaian muzik tempatan menerusi suasana yang inklusif dan moden bagi membolehkan peminat menikmati persembahan secara lebih dekat.

Wakil penganjur berkata, Supasonik 2026 bukan sekadar sebuah festival muzik tetapi juga sebuah platform yang menghimpunkan komuniti kreatif dan pencinta muzik dalam satu pengalaman yang bermakna.

“Supasonik diwujudkan sebagai ruang untuk komuniti muzik tempatan berkumpul, berkongsi semangat dan meraikan karya-karya yang lahir daripada pelbagai latar belakang serta genre. Melalui penganjuran festival ini dan jelajah Supatour, kami berharap dapat membawa pengalaman muzik yang lebih dekat kepada peminat serta menyumbang kepada perkembangan ekosistem muzik tempatan,” katanya.

Tiket festival dijual pada harga RM119 tidak termasuk caj pemprosesan dan boleh didapati menerusi laman web rasmi Atas Angin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN