Mural berlampu tarikan baharu di Port Dickson - Utusan Malaysia

Mural berlampu tarikan baharu di Port Dickson

ZAMRI Mohd. Esa (tengah) ketika melawat lokasi mural berlampu di Jalan Raja Aman Shah, Port Dickson, malam semalam-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tiga lokasi lukisan mural berlampu yang menampilkan pelbagai corak menarik akan menjadi tarikan terbaharu orang ramai ke bandar ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd. Esa berkata, lokasi mural berlampu tersebut terletak di Jalan Datuk K. Pathmanaban dan Jalan Raja Aman Shah di sini.

“Kawasan sekitar pekan Port Dickson pada waktu malam sunyi sepi dan kurang daya tarikan. Kewujudan mural ini merupakan inisiatif menggalakkan pengunjung singgah ke sini untuk bergambar sekali gus membantu para peniaga di kawasan sekitar.

“Sebelum ini hanya lukisan mural sahaja namun timbul idea dan kami juga turut menerima peruntukan untuk memasang lampu dan menjadikan lokasi ini sebagai tarikan baharu di pekan Port Dickson,” katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan mural berlampu di Jalan Raja Aman Shah, Port Dickson malam semalam. 

Menurutnya, sebanyak RM70,000 diperuntukkan di dua lokasi mural berlampu berkenaan selain sebuah lagi di Jalan Raja Aman Shah turut mendapat kerjasama daripada sebuah sekolah antarabangsa kini sedang disiapkan dengan peruntukan sebanyak RM18,000.

“Mural berlampu ini akan menampilkan konsep daerah ini sebagai Pantai Peranginan Negara, Bandar Tentera Darat dan Bandar Wellness Zone,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN