Lima kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

Lima kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor) memaklumkan lima kawasan di wilayah Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air selama dua hari mulai 28 September hingga 30 September ini.

 

Air Selangor menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, gangguan bekalan air itu adalah susulan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di tiga lokasi iaitu di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.

 

Menurut Air Selangor, kawasan gangguan melibatkan Balakong; Green Park Resident, Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10 dan 11); Taman Bukit Palma dan Bandar Mahkota Cheras iaitu Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara serta Jalan Mahkota.

 

“Gangguan bekalan air itu dijadualkan bermula jam 9 malam, 28 September 2021 dan dijangka pulih sepenuhnya jam 6 pagi, 30 September 2021.

 

“Kerja-kerja ini bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan itu.

 

Air Selangor menasihati agar pengguna menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup dengan selamat.

 

Katanya, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300

 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan perkara tersebut boleh diajukan ke ‘Help Centre’ di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” jelasnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN