Lemas: Mangsa sempat berpaut sebelum tenggelam - Utusan Malaysia

Lemas: Mangsa sempat berpaut sebelum tenggelam

BAHARUDIN MAT TAIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini petang tadi dikatakan sempat berpaut pada dahan pokok tumbang sebelum tenggelam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berdasarkan kenyataan seorang saksi yang ada bersama mangsa ketika kejadian itu.

“Berdasarkan keterangan saksi kejadian, mangsa sebelum itu sempat berpaut pada sebatang kayu. Mangsa kemudian ditemukan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh
pegawai perubatan Klinik Kesihatan Meru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MANGSA lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana, Shah Alam disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Meru, Klang, Selangor.

 

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada unsur jenayah dalam insiden tersebut dan berdasarkan siasatan awal, tiada kecederaan pada tubuh mangsa ditemui.

“Kejadian itu juga tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa maut akibat lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Berdasarkan kejadian, mangsa Puravinraj Ramanathan, 19, berasal dari Taman Gembira, Klang, Selangor bersama rakan berkunjung ke Tasik Cermin untuk beriadah pada hari cuti umum. Bagaimanapun, aktiviti itu bertukar tragedi.

Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang remaja maut ketika mandi manda di Tasik Cermin.

Mangsa dikatakan terperangkap dekat lumpur dasar tasik dekat tebing berhampiran kawasan perumahan Nusa Rhu di Jalan Pulau Angsa U10/32 ketika ditemui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Norazam Khamis dalam satu makluman ringkas memberitahu, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.08 petang tadi.

Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba 17 minit kemudian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa berjaya dijumpai oleh anggota bomba pada pukul 4.49 petang. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya