Lebih 80 buah syarikat bas ‘parah’? - Utusan Malaysia

Lebih 80 buah syarikat bas ‘parah’?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat bas ekspres mengharapkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan bagi memulihkan industri itu yang pada masa sekarang tenat akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner Sdn. Bhd. (Mara Liner), Zachary Ismail Zee Ismail berkata, dianggarkan separuh daripada antara 155 hingga 170 syarikat yang ada telah menghentikan operasi.

“Difahamkan bukan kami sahaja yang terkesan, banyak syarikat lain yang telah menghentikan operasi.

“Kita tiada data, tetapi dianggarkan lebih kurang 50 peratus daripada syarikat ini telah menghentikan operasi sama ada secara sementara ataupun kemungkinan gulung tikar,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Pada 5 September lalu, Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia, Che Ibrahim Che Ismail meminta kerajaan membenarkan setiap bas membawa penumpang yang sudah lengkap divaksin dengan kapasiti penuh berbanding hanya 50 peratus sebelum ini.

Kata Che Ibrahim, kelonggaran kepada syarikat untuk beroperasi seperti biasa mampu memberi nafas kepada pengusaha bas ekspres yang terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit sehingga ada yang sudah gulung tikar kerana kurang pendapatan.

Dalam pada itu, Zachary Ismail berkata, keadaan Mara Liner sekarang masih boleh bertahan tetapi pihaknya terpaksa menjadi lebih kreatif untuk mencari sumber pendapatan termasuk menukar bas menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak.

Beliau menjelaskan, antara bantuan yang diterima oleh syarikat bas menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) adalah Program Subsidi Upah (PSU) untuk menanggung gaji pekerja selama beberapa bulan manakala Mara Liner pula mendapat moratorium sewa premis.

Temu bual di muka surat 14 dan 15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN