[Laporan Parlimen] Jawatan bertaraf menteri perlu disemak semula - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen] Jawatan bertaraf menteri perlu disemak semula

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sebarang jawatan bertaraf menteri perlu disemak semula bagi memastikan individu yang dilantik sesuai dengan kriteria jawatan tersebut.

Ini kerana, beliau berpendapat, jawatan bertaraf menteri dilihat seolah-olah seperti satu sogokan kerana tiada kriteria ditetapkan terhadap individu yang boleh memegang jawatan tersebut.

“Sekarang ini, kita lihat satu amalan yang tidak diperuntukkan oleh perlembagaan, kita dapati ramai daripada orang yang dilantik ke jawatan-jawatan tertentu yang juga tidak ada dalam perlembagaan dan apabila dilantik dan diberi taraf menteri, tidak ada kriteria ditentukan bagaimana taraf menteri ini diberi kepada mana-mana jawatan.

“Tetapi yang kita tahu, apabila taraf menteri diberi, maka dia akan dapat segala kemudahan-kemudahan diberi kepada menteri, ini satu jenis sogokan juga, kerana dia bukan tumpu kepada tugas yang nak dilakukan tetapi sebaliknya menumpu kepada upahan akan didapati oleh orang yang diberi taraf menteri,” katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja hari ini.

Mahathir mengakui beliau turut menawarkan individu dengan jawatan bertaraf menteri, namun ia ditawarkan kepada individu yang layak.

“Saya mengakui semasa saya jadi Perdana Menteri dahulu, saya juga telah melantik orang berjawatan menteri, tetapi jawatan itu diberi kepada seorang yang sudah bersara daripada politik.

“Sebabnya tugas dan kepakarannya dalam bidang tertentu, sepatutnya kita ada kriteria tertentu sebelum kita dapat lantik seseorang untuk mendapat taraf menteri.

“Jika tidak, dia akan jadi seperti sogokan kepada penyokong-penyokong kerajaan, ini harus ditamatkan dalam reformasi yang akan diadakan oleh kerajaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya