Dua beradik maut, anak cedera dilanggar SUV

Dua beradik maut, anak cedera dilanggar SUV

Dua beradik maut dilanggar SUV
DUA mayat terkujur ditepi jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan SUV dekat Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, di Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua beradik maut selepas sekumpulan tiga orang sedang berjalan kaki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dekat Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, di sini, malam tadi.

Sementara seorang lagi mangsa iaitu pelajar tingkatan lima sebuah sekolah swasta merupakan anak kepada salah seorang mangsa yang meninggal dunia itu mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa dikatakan sedang berjalan kaki di bahu jalan menuju ke sebuah kedai berhampiran kawasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati insiden berlaku pada lebih kurang 1940 jam apabila sebuah SUV berwarna silver yang bergerak terus dari arah Jalan Meru ke Bandar Baru Klang hilang kawalan, lalu merempuh tiga orang pejalan kaki di bahu kiri jalan.

“Dua mangsa wanita warganegara berusia 57 dan 62 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Satu mangsa warganegara mengalami kecederaan ringan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu juga dibawa ke hospital sama untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Orang awam turut dinasihatkan agar sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN