Kualiti latihan jururawat Malaysia terbaik - Utusan Malaysia

Kualiti latihan jururawat Malaysia terbaik

WANITA dikatakan sering didiskriminasi dalam aspek kenaikan pangkat dan gaji. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Penga­jian Tinggi perlu menarik balik moratorium kuota had pengambilan pelajar kejururawatan bagi mengatasi kekurangan jururawat di Malaysia.

Pengarah Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan, Devi K. Saravana Muthu ketika ditemui berkata, setakat ini, terdapat 131,777 jururawat di seluruh negara dengan nisbah 1 bagi setiap 302 penduduk berbanding 1:200 yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Situasi dijangka kritikal susulan langkah baharu Singapura buka peluang kepada jururawat Islam bertudung mulai November ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Singapura, jururawat Malaysia juga paling banyak ‘berkelana’ ke 13 negara dengan paling ramai di Arab Saudi, yang mendapat permintaan atas faktor gaji tinggi dan agama.

Setakat ini, ada 10 universiti awam dan 49 institusi pengajian tinggi (IPT) swasta menawarkan pengajian kejururawatan bertaraf ijazah sarjana muda terma­suk untuk pelajar luar negara.

“Langkah mengenakan sekatan bilangan pelajar pada mulanya untuk elak isu lambakan graduan jururawat tetapi berlaku sebaliknya,” kata Devi.

Malaysia ujarnya, mengalami isu kekurangan jururawat amat serius sehingga apabila dibuka 7,406 lantikan secara kontrak sejak Mac tahun lalu, cuma 4,086 yang diisi setakat Julai.

Katanya, wabak Covid-19 menyaksikan tidak ramai jururawat dapat menduduki pepe­riksaan dengan tahun lepas hanya 707 calon terlibat di seluruh negara.

Beliau juga memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuka perjawatan untuk yang berijazah kerana ketika ini ada 2,937 jururawat U41 tidak dapat naik ke gred U42.

Ditanya langkah LJM untuk menyekat pengaliran jururawat ke luar negara, Devi berkata, isu itu pernah dibangkitkan, namun dibimbangi boleh menjejaskan hubungan antarabangsa.

Beliau mengakui standard latihan jururawat di IPT tempatan antara terbaik di dunia sehingga banyak negara sanggup menaja pelajar mereka menyam­bung pengajian di Malaysia.

“Gred gaji jururawat Malaysia di Arab Saudi lebih tinggi daripada rakan sejawatan mereka dari India, Indonesia dan Filipina kerana kualiti berbeza,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini