PETALING JAYA: Gaji dan insentif yang tinggi lebih 50 peratus yang ditawarkan di negara-negara maju menjadi daya tarikan utama kebanyakan para jururawat terlatih dari negara ini untuk berhijrah. Pertimbangan lain para jururawat-jururawat terlibat adalah umur yang masih muda, bujang, mahu menimba pengalaman dan mampu berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Malah, para jururawat dari negara ini kerap kali menemukan kes-kes dan penyakit yang jarang berlaku di luar negara berbanding di Malaysia. Ini…








