KDNK Sabah, Sarawak akan dipertingkat - Utusan Malaysia

KDNK Sabah, Sarawak akan dipertingkat

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan negeri Sabah dijangka meningkat pada kadar 6.5 peratus dan negeri Sarawak pada kadar 5.3 peratus dalam tempoh 2021 hingga 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau berkeyakinan kedua-dua negeri ini mempunyai keupayaan dan kekuatan sumber yang boleh dioptimumkan sepenuhnya malah pertumbuhan sebenar boleh menjadi lebih tinggi daripada jangkaan ini.

Tambahnya, perkhidmatan penjagaan kesihatan akan dapat dipertingkat dengan siapnya Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu, perdana menteri berkata pembinaan 26 buah klinik baharu akan dapat menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik desa di kedua-dua negeri.

Selain itu, pembinaan rumah baharu dan pembaikan rumah daif di bawah program bantuan rumah akan memberi manfaat kepada 26 ribu isi rumah miskin di Sabah dan Sarawak.

Bagi menjamin keselamatan dan meningkatkan hubungan ekonomi dengan Kalimantan, Indonesia, pos kawalan sempadan yang baharu di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan, Sabah, akan dibina, manakala Kompleks ICQS Tebedu dan Serikin, Sarawak akan dinaik taraf.

Projek Jalan dari Sempadan Ba’kelalan/Kompleks CIQ Menghala ke Lawas juga akan dimulakan pembinaan pada tahun 2022. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN