Bayi berusia setahun antara 67 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Bayi berusia setahun antara 67 PATI ditahan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan selepas memasuki negara secara haram ketika mendarat di Jeti Parit Karang, Tangkak, Johor.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Usaha memasuki negara ini secara haram menggunakan jalan laut tidak kesampaian apabila kesemua 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi ditahan pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri, Superintenden Rozasin Ramlan berkata, dalam operasi membabitkan Pasukan Polis Marin Muar (PPM), kesemua PATI terbabit ditahan di Jeti Parit Karang, di sini, pada pukul 6.30 petang, semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka baru mendarat dari negara jiran dan masuk ke Malaysia menggunakan bot tongkang melalui jalan laut yang tidak diwartakan. 

“PATI yang ditahan ini terdiri daripada 44 lelaki dan 22 perempuan dewasa serta seorang bayi perempuan. Kesemuanya berumur antara setahun hingga 53 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seorang lelaki dewasa tempatan dipercayai berperanan sebagai tekong darat turut ditahan bersama dengan sebuah kenderaan yang disyaki menjalankan khidmat pengangkutan kepada PATI yang baru mendarat.

“Selain itu, seorang lelaki dewasa warga asing yang berada dalam kenderaan tersebut dipercayai sebagai penumpang juga ditahan.

“Rampasan melibatkan satu bot berukuran 36 kaki bersama-sama sebuah kenderaan dan dua telefon bimbit,” katanya.

Rozasin berkata, jumlah anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM202,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Mirgan 2007.

“Semua PATI dari negara jiran itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan bot tongkang melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Mereka diuruskan oleh tekong darat dari Tanjung Balai, Indonesia dengan anggaran bayaran RM1,000 hingga RM 2,800 setiap seorang,” katanya sambil memaklumkan tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya