6,000 penuntut UTeM mula kuliah fizikal Oktober - Utusan Malaysia

6,000 penuntut UTeM mula kuliah fizikal Oktober

KAMPUS Induk UTeM, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 6,000 penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dijangka memulakan pembelajaran secara fizikal di kampus bermula 15 Oktober depan. 

 

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, pembukaan semula kampus itu termaktub bagi penuntut yang telah menerima vaksinasi lengkap. 

 

Katanya, vaksinasi tersebut juga disyaratkan telah melepasi tempoh matang manakala penuntut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperincikan.

 

“Kita anggarkan seramai 6,000 pelajar akan memulakan kuliah di kampus secara fizikal bermula 15 Oktober depan dengan mengambil kira 50 peratus jumlah kapasiti pelajar keseluruhan UTeM pada masa kini. 

 

“Sementara itu, 10 peratus daripadanya pula merupakan anggaran jumlah yang dibenarkan bagi pelajar pascasiswazah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, sebanyak 4,240 penginapan turut ditawarkan kepada pelajar berkeperluan yang akan menginap di kolej kediaman, manakala selebihnya akan duduk di luar kampus. 

 

Jelasnya, permohonan kolej kediaman itu dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh universiti menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMP).

 

Mengulas lanjut mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP), beliau berkata, PdP di UTeM akan dilaksanakan menerusi kaedah hibrid termasuk secara dalam talian atau bersemuka, bersesuaian dengan program akademik diikuti pelajar.

 

“Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus pula boleh juga mengikuti PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus yang diambil. 

 

“Sementara itu, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu mengikuti PdP secara dalam talian mengikut kesesuaian kursus yang diambil,” jelasnya. 

 

Jelasnya, sehingga kini sebanyak 93 peratus warga kerja UTeM telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya