TNB kibar Jalur Gemilang di semua premis - Utusan Malaysia

 TNB kibar Jalur Gemilang di semua premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan amalan memasang Jalur Gemilang di semua premis dan stesen-stesen jana kuasa dan jana elektrik miliknya di seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan hujung bulan ini.

Ibu pejabatnya di Bangsar di sini dipasang dengan dua bendera gergasi bersaiz 20/80 kaki persegi mulai 31 Julai lalu.

Turut dipasang lebih 200 Jalur Gemilang pelbagai saiz di perkarangan Kompleks Ibu Pejabat TNB termasuk di sekeliling pagar luar, sekitar Kompleks Balai Islam An Nur dan Jalan Kelab Kilat atas rasa bangga dan kesyukuran membangun bersama rakyat dan negara.

TNB dalam kenyataan memaklumkan, sambutan tarikh keramat kemerdekaan pada 31 Ogos juga tambah bermakna bukan sahaja sejajar peranannya sebagai Penggerak Kemajuan Negara, malah kerana TNB sendiri menyambut ulang tahun kewujudannya yang ke-72 pada 1 September ini, sehari selepas rakyat meraikan Hari Kebangsaan.

“Tema Hari Kebangsaan kali ini pula, iaitu Malaysia Prihatin secocok dengan nilai-nilai teras keluarga besar 35,000 warga kerja TNB dengan iltizam dan aspirasi berterusan menerangi kehidupan yang lebih sejahtera.

“Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini, TNB menawarkan insentif khas Sinaran Merdeka untuk pelanggan perdagangan. 

“Insentif diberikan selama dua bulan bagi penggunaan elektrik pada bulan Ogos dan September 2021 sebagai galakan kepada pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan,” kata kenyataan itu.

TNB juga memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menerusi filem ‘Raikan Malaysia Kita’ bagi memaparkan semangat positif rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik Covid-19. 

Filem animasi mengisahkan empat individu yang sarat emosi ini telah mula ditayangkan pada 24 Ogos 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya