'Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan' - Utusan Malaysia

‘Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan’

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau boleh memilih untuk meletakkan jawatan ekoran menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.

Namun, kata beliau, sehingga saat ini, tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

“Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri. Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka, kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk,” katanya dalam Ucapan Khas Perdana Menteri Bersama Memulihkan Negara hari ini.

Beliau kemudian membayangkan keadaan yang bakal terjadi kepada negara kekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera.

“Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual? Sedangkan tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting.

“Jika semua perancangan kerajaan dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan, kita akan mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober. Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan yang sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya,” kata beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya