Muhiyuddin dilantik Presiden CILTM - Utusan Malaysia

Muhiyuddin dilantik Presiden CILTM

MUHAMMAD MUHIYUDDIN ABDULAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) Cawangan Perak, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdulah dilantik sebagai sebagai Presiden CILTM yang baharu.

Pemilihannya untuk jawatan itu dibuat dalam mesyuarat tahunan CILTM di sini, Sabtu lalu.

Muhammad Muhiyuddin berkata, beliau berhasrat untuk memperkenalkan program Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia dan Next Generation Malaysia bagi menarik minat golongan muda untuk terlibat dalam bidang-bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan.

“Harapan saya adalah untuk memberikan manfaat kepada ahli, fokus kepada jaringan industri dan pengantarabangsaan sebagai tumpuan utama. 

“Ahli-ahli baharu yang dilantik diharap dapat memberi khidmat terbaik kepada CILT khususnya di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Turut dilantik adalah kepimpinan CILTM bagi sesi 2021/2023, iaitu Dr. Mohammad Nizam Baharom (Timbalan Presiden); Mohd. Nasir Alias (Setiausaha Agung) dan Shahrir Ahmad (Bendahari).

Ahli-ahli baharu CILTM pula terdiri daripada Profesor Madya Dr. Zuraimi Abdul Aziz, Profesor Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Ooi Ai Mi dan Sabariah Mohamad. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya