Masalah pasport, komunikasi pekerja asing ganggu kelancaran SelVax - Utusan Malaysia

Masalah pasport, komunikasi pekerja asing ganggu kelancaran SelVax

DR. SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Warga asing yang mempunyai masalah pasport dan gagal berkomunikasi dengan baok menyukarkan pendaftaran mereka di pusat pemberian vaksin sekali gus menyebabkan gangguan kepada kelancaran program Vaksin Selangor (SelVax).

Turut berlaku kesesakan apabila warga asing ini dilihat bersesak-sesak di pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) sehingga menimbulkan kerisauan awam terhadap risiko penularan jangkitan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud yang turut mendedahkan terdapat pekerja asing tidak mempunyai dokumen sah menyebabkan mereka takut tampil untuk mengambil vaksin.

“Malah, didapati ada warga asing yang mempunyai nombor pasport sama tetapi dari negara berbeza.

“Ini tidak termasuk masalah komunikasi apabila ada di antara mereka yang sedang menjalan tempoh kuarantin hadir ke pusat penerimaan vaksin (PPV) untuk mengambil vaksin,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat mengenai perkembangan terkini program vaksinasi di kalangan warga asing di Selangor.

Dalam pada itu, menurutnya, sejumlah 931,571 warga asing di Selangor telah mendapat vaksin bagi dos pertama dan kedua mengikut rekod di dalam aplikasi MySejahtera sejak 22 Ogos lalu.

“Sementara itu, SelVAX telah memberikan 120,030 dos vaksin kepada kumpulan ini namun, saya tidak maklumat pecahan berapa ramai warga asing yang dah dapat dos pertama dan kedua.

“Bagi mempercepatkan program vaksin untuk pekerja warga asing, kita telah membenarkan mereka mengambil vaksin secara walk-in sejak 3 Ogos lalu,” kata ADUN Seri Serdang itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN