Kami bangga dengan Jijoe - keluarga - Utusan Malaysia

Kami bangga dengan Jijoe – keluarga

AHLI keluarga Azizulhasni Awang bersorak sebagai tanda sokongan kepada jaguh berbasikal negara ketika ditemui di Kampung Nibong Stesen di Dungun, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Keluarga kepada jaguh berbasikal negara bangga dengan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo, pagi tadi.

Abang iparnya, Mohd. Razman Mohamad, 36, berkata, walaupun terlepas pingat emas yang diidamkan, namun, Azizulhasni sudah memberikan yang terbaik dalam aksi final itu.

“Jijoe ada menghubungi keluarga malam tadi meminta kami mendoakan kejayaannya, Alhamdulillah dia berjaya meraih pingat perak, malah pencapaiannya lebih baik berbanding di Olimpik Rio 2016.

“Pingat perak ini hadiah istimewa Jijoe untuk ayah, Awang @ Muda Embong, 72, yang terlantar sakit akibat strok,” katanya ketika ditemui di Kampung Nibong Stesen di sini hari ini.

Azizulhasni menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak manakala Jason Kenny mempertahankan emas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN