39 varian Delta dikesan di Kuala Ibai, palsu - Utusan Malaysia

39 varian Delta dikesan di Kuala Ibai, palsu

TANGKAP layar berita palsu mengenai 39 kes baharu varian Delta Covid-19 di Kuala Ibai yang tular di aplikasi WhatsApp, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menafikan dakwaan kononnya terdapat 39 kes baharu varian Delta Covid-19 dikesan di Kuala Ibai di sini sebagaimana yang tular di aplikasi WhatsApp, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu hanya akan mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

“Berita itu sama sekali tidak benar dan jumlah varian Delta yang dilaporkan di Terengganu kekal dua setakat ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Maklumat yang tular itu mendakwa ujian saringan bersasar Covid-10 akan dilaksanakan terhadap seluruh penduduk Kampung Kuala Ibai dan perumahan Kondo Rakyat malam ini berikutan 39 kes varian delta yang dikesan di lokaliti itu.

Selain menyarankan orang ramai berhati-hati, maklumat itu turut mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di kedua-dua lokaliti berkenaan.

Sehubungan itu, Alias berharap orang ramai dapat merujuk kesahihan sesuatu maklumat menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan negeri bagi mengetahui perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini.

Beliau sebelum ini mengesahkan hanya dua kes varian Delta Covid-19 dikesan di negeri ini dengan kedua-duanya membabitkan daerah Kuala Terengganu.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN