Sasar 1,500 pemain peruncitan, pengedaran divaksin sehari - Utusan Malaysia

Sasar 1,500 pemain peruncitan, pengedaran divaksin sehari

Rosol Wahid (kiri) menyampaikan barangan keperluan harian di bawah Program Bakul Makanan kepada penerima di perkarangan Balai Raya Kampung Tajin, Hulu Terengganu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan 1,500 pemain industri peruncitan dan pengedaran menerima suntikan vaksin Covid-19 sehari bermula 26 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua juruwang, jurujual, pekerja stesen minyak, kakitangan pasar raya, pengurusan kompleks beli-belah dan pekerja rantaian pengedaran itu dijangka diberikan suntikan vaksin jenis Sinovac.

Katanya, inisiatif menerusi Program Vaksinasi Industri dan Peruncitan (RiVAC) akan dilaksanakan di pusat pemberian vaksin industri (PPVIn) pertama yang dibuka di Mid Valley City, Kuala Lumpur.

“Setakat ini seramai 186,000 pemain industri sudah berdaftar dengan melibatkan 1,400 syarikat dan tiada jumlah khusus bekalan vaksin yang diperuntukkan kepada kumpulan ini, sebaliknya mengikut keperluan mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang di pekarangan Balai Raya Kampung Tajin di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata, mana-mana majikan atau pihak pengurusan yang ingin menjadikan premis mereka sebagai PPVIn boleh mengemukakan permohonan.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN