Polis rekod keterangan pemandu teksi mengamuk - Utusan Malaysia

Polis rekod keterangan pemandu teksi mengamuk

Teksi airport limo yang terlibat dalam amuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kelmari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah sudah merekodkan keterangan daripada pemandu teksi yang mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden George Abd Rakman ketika dihubungi memaklumkan, keterangan daripada pemandu teksi itu telah diambil.

GEORGE ABD RAKMAN

Beliau berkata, selepas selesai mengambil keterangan untuk membantu siasatan, lelaki berusia 60an itu dibebaskan bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Bagaimanapun, George enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Jelas beliau, pihak polis sedang melihat dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang kelmarin , seorang pemandu teksi dipercayai mengamuk akibat gilirannya dipotong oleh pemandu teksi lain.

Berang dengan situasi itu, pemandu teksi berkenaan bertindak merempuh tiga kenderaan lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Tindakan pemandu teksi itu dirakam menerusi video yang tular dalam media sosial sejak petang semalam.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya