Muhyiddin ada tiga pilihan - Utusan Malaysia

Muhyiddin ada tiga pilihan

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengambil cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini dengan mewujudkan kerajaan perpaduan iaitu antara langkah dalam menangani ketidakstabilan politik selepas UMNO mengambil keputusan menarik sokongan terhadap beliau.

Selain itu, pilihan lain yang boleh diambil ialah dengan menguji sokongan ahli Parlimen terhadap beliau di Dewan Rak­yat atau langkah terakhir iaitu menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, seterusnya menjadi Perdana Menteri interim sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, jika Muhyiddin ingin mewujudkan kerajaan perpaduan, beliau perlu mela­kukan rombakan Kabinet dan membentuk pasukan baharu melibatkan pemimpin daripada pelbagai pihak.

Katanya, dalam menangani pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi ketika ini, Muhyiddin memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil iaitu selari dengan hasrat Majlis-Majlis Raja sebelum ini iaitu mengharapkan sebuah kerajaan yang kukuh.

“Menerusi kerajaan perpa­duan, Muhyiddin boleh kekal sebagai Perdana Menteri kerana keputusan tersebut masih di tangan beliau sebagai Perdana Menteri ketika ini,” katanya.

Semalam, UMNO menuntut Muhyiddin mengundur diri da­ripada jawatannya.

Tambah Wan Ahmad Fauzi, Muhyiddin juga boleh memilih menguji sokongan melalui undi percaya terhadap beliau dalam Dewan Rakyat jika yakin majoriti ahli Parlimen masih menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Katanya, keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin tidak bermaksud ahli Parlimen juga bertindak demikian dan Muhyiddin boleh melihat tahap sokongan terhadap beliau di Dewan Rakyat.

“Kalau Muhyiddin yakin dapat sokongan daripada ahli Parlimen UMNO dan ahli-ahli Parlimen lain selain percaya mempunyai sokongan majoriti melalui prestasinya, undi percaya boleh dilakukan bagi membuktikan Perdana Menteri mempunyai sokongan,” katanya merangkap Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Tambah Wan Ahmad Fauzi, pilihan terakhir Muhyiddin boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen seterusnya memohon menjadi PerdaMuhyiddin ada tiga pilihanMuhyiddin juga boleh memilih menguji sokongan melalui undi percaya terhadap beliau dalam Dewan Rakyat jika yakin majoriti ahli Parlimen masih menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.na Menteri interim sehingga PRU-15 iaitu jika darurat yang berakhir 1 Ogos ini tidak disambung dan ordinan darurat (kuasa-kuasa perlu) 2021 tidak dibatalkan lebih awal.

“Selepas darurat berakhir, ordinan terus berkuat-kuasa dalam tempoh enam bulan dan apabila habis tempoh itu pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Justeru pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dengan selewat-lewatnya pada 1 April tahun depan.

“Dalam tempoh tersebut, Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk melantik Muhyiddin atau ahli Dewan Rakyat lain untuk menjadi Perdana Menteri bagi sebuah caretaker sehingga pilihan raya diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN