Mohd. Rashid didakwa sertai ‘pesta ketupat’ pula - Utusan Malaysia

Mohd. Rashid didakwa sertai ‘pesta ketupat’ pula

GAMBAR yang tular menunjukkan Mohd. Rashid Hasnon (kiri) didakwa menikmati juadah bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT- Belum pun selesai isu kenduri durian yang didakwa disertai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, kini Ahli Parlimen Batu Pahat itu didakwa menyertai ‘pesta ketupat’ pula baru-baru ini.

Ia susulan gambar Mohd. Rashid yang kini tular dalam media sosial memaparkan beliau sedang menikmati juadah raya termasuk ketupat dan makanan lain yang didakwa di sebuah ladang pertanian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut sehingga gambar aktiviti wakil rakyat itu tular dalam media sosial.

Polis ujar beliau akan menjalankan siasatan terhadap Mohd. Rashid serta beberapa lagi individu lain yang didakwa mengingkari prosedur operasi standard (SOP) apabila menyertai aktiviti terbabit.

“Pada hari ini, polis mengesan satu hantaran gambar yang tular dalam media sosial memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat sedang makan bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini.

“Hantaran berasingan pula mendapati wakil rakyat berkenaan sedang bergambar bersama-sama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, menurut Ismail, laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan sudah dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam gambar berkenaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Pihak polis akan memanggil wakil rakyat berkenaan dan mereka yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada hujung bulan lalu, Mohd. Rashid dipanggil dan disiasat polis kerana makan durian beramai-ramai dalam sebuah kebun durian juga di Batu Pahat.

Video Mohd. Rashid makan durian beramai-ramai itu tular dalam media sosial sebelum beliau tampil memohon maaf atas kesilapannya itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya