PETALING JAYA: Perikatan Malaysia Untuk Kawalan Covid Berkesan (MAECC) menggesa kerajaan mempercepatkan kelulusan penggunaan Ivermectin selepas ubat itu tergolong dalam kategori ubat-ubat penting sebagai alternatif terbaru dalam mengekang wabak Covid-19. Urusetia MAECC, Kapten Dr. Wong Ang Peng berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah lama memasukkan Ivermectin dalam senarai ubat-ubat penting bagi mengawal penularan wabak itu. “Ivermectin sudah lama termasuk dalam senarai ubat penting ataupun essential medicines. Sejak 2012, banyak kajian…










